Saturday, May 13, 2017

RESEPI | Nasi Goreng Asal Boleh

السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته

hi semua. selamat tangah hari. pagi ni zuzu nak share resipi breakfast malas zuzu iaitu Nasi Goreng Asal Boleh. hahaha (◠△◠✿) kenapa nasi goreng asal boleh?? sebab semua bahan mana yang ade je dalam peti sejuk untuk bahan membuat nasi goreng ni. membe serumah pun cakap ok // lulus // dan paling penting sedap. hehehe < (^^,) > *korang tak tau berapa kali aku adjust nasi goreng ni nak bagi sedap*
nasi goreng ni lebih kurang macam nasi goreng kampung gak cuma xde kangkung and bahan-2 lain yg chef-2 pakai. yang penting guna 5 bahan je weh!!?? (゚ヮ゚) haaaa ape 5 bahan tu...

so bahan yang di perlukan adalah seperti gamba di bawah :-

3 biji bawang merah kecil
9 biji cili (ikut tahap kepedasan masing-2)
2 sudu ikan bilis (yang dah dikupas)
1 mangkuk nasi (sejuk kan dulu ye)
2 biji telur
garam, ajinamoto, secukup rasa

now step nak masak pulak :-
first, goreng 2 biji telur. ni petua dari mak zuzu kalau nak nasi goreng sedap goreng dulu telur pecah-2 kan buat macam scramble egg then letak tepi. sebab kalau masuk time dah goreng nasi nanti cam melekat ngan nasi
second, blend bawang cili n ikan bilis tadi. sikit petua dari mak zuzu jugak, blend guna minyak sikit sebab nanti nak tumis baru ade umphhh and tak pakai byk minyak
lepas dah blend, panaskan minyak atas kuali then tumis bahan yang dah diblend tadi sampai naik bau and kalau ade blend terpakai air... blend sampai air kering la ye.
pastu baru masuk kan nasi 1 mangkuk tadi gaul sebati. dah sebati baru masukan telur yg dah di goreng td. tambahan garam, ajinamoto, secukup rasa bagi balance kan rase. zuzu letak sikit je sebab ikan bilis tu dah masin.

dan hasil nya?? TAA-DAAA...... jeng jeng jeng (^▽^)


Nasi Goreng Asal Boleh by Zuzu

selamat mencuba gaiss... dah cuba comment sikit and share plak hasil korang kat zuzu ye :P
xx , zuzukent

6 comments:

  1. Nyum! Sedapnya bila baca *_* Banyak pulak tu tips dari mak Zuzu. InshaAllah nanti Nisha buat kalau ada masa nanti and of course I will let you know! :P hihi

    ReplyDelete
  2. so far yang saya pernah buat asal boleh, nasi, telur, cili, kicap hahaha masa belajar dulu. duk rumah bujang haha

    ReplyDelete
  3. Confirm sodappp ni pedas-pedas.

    Ehhh hi...selamat berkenalan. Hihihi. Thank you sudi letak blog Mayy Jie dalam bloglist, dah exchange link juga tau...

    Keep in touch!

    ReplyDelete
  4. comel je nama nasi goreng dia hahaha tiba tiba lapar nasi goreng pulak

    ReplyDelete
  5. Wahh nampak sedap. lama x buat nasi goreng. :)

    ReplyDelete

Thanks for reading this post

Hye brader and sisto, cakap je ape nak!
Tapi ayat kasi elok sikit ok.