Friday, May 19, 2017

RESEPI | Cekodok Bilis Gebu Gebas

السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته
hello. selamat tengah hari reader(s)... korang lunch ape arini? since today zuzu malas nak makan bende yang heavy sangat so zuzu buat cekodok bilis. orang makan cekodok bilis bila minum petang kan... zuzu ni lunch pun bedal je buat cekodok bilis. so rini, zuzu nak share sikit la camne zuzu buat cekodok bilis yang tak semegah mana pun. dah lah nama pun Gebu Gebas tapi yang penting rasa dia tu auwmmmm sedap menjilat jari & nak tambah lagi

bahan-2 yang diperlukan adalah??? just 5 je bahan. kalau zuzu buat resepi mesti bahan sikit je kan? pastu mesti 5 bahan je kan?? cam tak tak caya je tapi memang betul punn

so, here we go bahan-2 seperti gamba dibawah :-

1 genggam ikan bilis (dikupas & diblend separa hancur)
1 biji bawang merah (potong kiub)
10 sudu tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan air suam
sedkit soda bikarbonat & garam

step untuk membuat cekodok plak :-
first campurkan tepung, telur dan gaul sebati.
kemudian masuka kan ikan bilis dan bawang. gaul guna tangan supaya rasa kasih sayang tu lebih
then campurkan air sedikit demi sedikit supaya adunan cekodok sebati.
last, masukan soda bikarbonat & garam untuk secukup rasa
pastu ape lagi, goreng la. make sure minyak betul2 panas supaya cekodok tak melekat & masak keseluruhan

dan inilah hasil Cekodok Ikan Bilis Gebu Gebas nyaaaa ... makan pulak cicah dengan sos cili and mayonis. memang menyelerakan babe i tell u :P



Cekodok Bilis Gebu Gebas by Zuzu


selamat mencuba gaiss. kalau korang nak tambah kentang pun sedap gak and cili kerr... ikutlah tekak masing-2. janji sedap nak ngap. dah cuba comment sikit and share plak hasil korang kat zuzu ye macam biasa lah and jangan lupa tag :P 
 xoxo , zuzukent

0 comment(s):

Post a Comment

Thanks for reading this post

Hye brader and sisto, cakap je ape nak!
Tapi ayat kasi elok sikit ok.